Thursday, April 9, 2009

Tahap Penulisan AI-Quran

Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap
berikut:
i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.

ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik (بارعلا ةطقن) yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al-Duali
(meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin al-Hakam).

iii.Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik (ماجعلا ةطقن) yang dipelopori oleh Yahya bin
Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof
al-Thaqafi

iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul
Malik bin Marwan.

v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi.
Tulisan al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di
Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari ini.

 
© Copyright by SeJeNaK MeNcARi CaHaYa  |  Template by afis7896