Thursday, April 9, 2009

Tulisan dan Penulisan AI-Quran

Menurut Bahasa Arab, perkataan khat (طخ) bererti garis memanjang pada sesuatu perkara dan juga cara yang paling mudah untuk menulis, dengan menggunakan peralatan seperti pen, qalam dan sebagainya.
Terdapat perbezaan di antara khat atau tulisan dan rasm. Khat adalah berhubung dengan pembentukan huruf manakala rasm adalah mengenai pembentukan perkataan menerusi huruf huruf Hijaiyyah.
Khat yang dipelajari oleh Harb bin Umayyah dan mengajarkannya kepada orang-orang Quraisy ialah khat al-Anbari al-Hairi. Apabila khat ini diperkenalkan ke Hijaz, ia dinamakan dengan khat al-Hijazi.
Bentuk khat inilah yang telah digunakan oleh para penulis surat, syair dan lain-lainnya. Sehinggalah kedatangan Islam, bentuk khat tersebut telah digunakan dalam penulisan wahyu hinggalah ia digunakan pada Suhuf Abu Bakar al-Siddiq dan digunakan juga pada penulisan Mushaf Uthmaniah. Apabila Islam telah tersebar di serata pelusuk dunia, maka terdapat sekumpulan dari penulis-penulis Kufah yang telah mengelak dan mencantikkan lagi khat al-Hijazi. Setelah berlaku proses tersebut, khat al-Hijazi itu dinamakan dengan khat al-Kufi.

 
© Copyright by SeJeNaK MeNcARi CaHaYa  |  Template by afis7896