Tuesday, April 7, 2009

TUNAI ZAKAT FITRAH KEPADA

8 Oktober, 2007
4.00 petang


Bukit Palah, Melaka – Pusat Zakat Melaka ( PZM ) ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya dapat menunaikan zakat fitrah mereka kepada amil – amil yang bertauliah sahaja iaitu amil yang diperturunkan kuasa oleh Majlis Agama Islam Melaka ( MAIM ).

Ini merupakan rentetan dengan penangkapan bekas Pegawai Syarak yang mengutip Zakat Fitrah tanpa pentauliahan daripada MAIM serta didakwa baru – baru ini di bawah seksyen 89 ( Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 ) iaitu sesiapa yang membuat atau mengambil bahagian di dalam sesuatu pungutan yang berlawanan dengan enakmen tesebut adalah merupakan satu kesalahan dan apabila sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan atau kedua- duanya sekali.
Tangkapan itu telah dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa JAIM serta PDRM setelah PZM mendapatkan bukti berlakunya aktiviti kutipan zakat fitrah tanpan tauliah tersebut. Sehubungan dengan itu, PZM memohon kerjasama orang ramai supaya memberikan maklumat kepada pihaknya, sekiranya terdapat keraguan untuk menjelaskan Zakat Fitrah mahupun Zakat Harta di talian 06-2812441 / 2812442 /

 
© Copyright by SeJeNaK MeNcARi CaHaYa  |  Template by afis7896